Biasanya kita menyimpan data peribadi menggunakan pendrive ataupun external hardisk kan? Masa zaman belajar memang wajib setiap pelajar kena ada pendrive sebab nak simpan assignment, report and tesis.
Kalau pendrive hilang ataupun kena virus memang menangis tak berlagu. Lagi-lagi bila tarikh hantar dah dekat mau boleh stress kan? Korang sebagai pelajar mesti ada yang pernah mengalami situasi seperti ini kan? 😁
Simpanan Data di Google Drive
Bila dah dapat awareness mengenai penyimpanan data didalam pendrive tidak menjamin keselamatan, boleh kehilangan data, maka ramai yang beralih dengan menyimpan data didalam Google Drive. Terima kasih Google telah memberikan penyimpanan storan percuma sehingga 15GB.
15GB itu kalau untuk pelajar hanya menyimpan assignment, memang dah lebih dari cukup. Tapi kalau korang orang business, kerja korporat, freelance, menyimpan kerja kerja yang berbentuk gambar, muzik, video, design etc memang tak cukup kan?
Kalau tak cukup mesti nak kena tambah storan. Kalau nak tambah mestilah kena bayar kan? So berapa agaknya yang korang kena bayar? Jom kita tengok.
So, inilah harganya yang perlu dibayar untuk korang menambah storan di Google Drive. Harga yang berbaloi kan? Boleh dikongsikan dengan 5 orang pulak tu. Contoh kita beli 100GB/5 orang. Sorang boleh dapat 20GB. Kira okay lah kan. 😎
Tapi kalau team member korang ada 7 orang, kesian pulak dekat dia sebab tak boleh share storan. 😞
So apa solusi yang korang ada ya?
Unifi Cloud Storage Solusi Terbaik
Fungsi Unifi Cloud Storage adalah sama sahaja dengan Google Drive iaitu untuk menyimpan data. Konsepnya, tak perlu lagi penyimpan file, print out documents, invoice, delivery order, resit atau apa sajalah yang berkaitan business perniagaan korang. Sebab semuanya boleh disimpan di dalam Unifi Cloud Storage.
Kelebihan Unifi Cloud Storage
1. Secure Data - Security yang advance, dengan end-to-end encryption yang berfungsi untuk mencegah data korang dari dibaca atau diedit oleh mereka yang tidak berkaitan.
2. Scalability & Flexibility - Boleh mengubah akses, storan mengikut kehendak untuk pelbagai pengguna melalui hp/pc.
3. Store Locally - Kesemua data dihoskan di Malaysia at Tier-3 certified data center untuk tujuan keselamatan, akses yang pantas, pemantauan dan juga masa operasi.
4. Superior Savings - The most value-packed cloud data solution on the market. 😍
Pelan Tersedia Unifi Cloud Storage
Untuk details mengenai Unifi Cloud Storage, korang boleh rujuk dibawah
P/s:
a. Untuk mencuba Unifi Cloud Storage secara PERCUMA, korang diberi kuota 15GB untuk akses selama satu (1) bulan sahaja.
b. TM customer - Pelanggan aktif bagi TM connectivity services seperti UnifiBiz/Biz Broadband/telephony services/Unifi Mobile Biz.
c. Harga ini available sehingga notis baru dari pihak TM.
d. Details, boleh ke website Unifi Cloud Storage.
Kalau kita tengok table di atas, antara kelebihan Unifi Cloud Storage yang paling ketara berbanding pesaingnya yang lain ialah dari segi bilangan pengguna. Pakej Enterprise boleh memuatkan sehingga 10 pengguna. Malah boleh juga menambah pengguna dengan bayaran serendah RM10/bulan (5 pengguna).
Selain itu, dari segi saiz kuota pun boleh tahan juga kan. Pakej INTERPRISE sehingga 5TB malah boleh ditambah lagi saiznya dengan harga RM25/bulan sahaja untuk 1TB.
Untuk melanggan, korang boleh WhatsApp sahaja. Tekan gambar WhatsApp disebelah okay!





